RABU,
30 DISEMBER 2015 @ 9:33 AM
Oleh
Willie Jude Junaidi bhsukan@bh.com.my
ROZAIMI
Abdul Rahman. KOTA KINABALU: Bekas penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul
Rahman, mengakui belum membuat keputusan mengenai pasukan baharu yang akan
diwakilinya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Rozaimi, 23, yang
pernah dinobatkan sebagai antara 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012,
mengesahkan menerima tawaran beberapa pasukan, termasuk dua dari Liga Super,
namun baginya masih terlalu awal untuk membuat kata putus.
Dia yang kini masih dalam proses pemulihan
susulan kemalangan jalan raya dialaminya pada Julai lalu, bagaimanapun enggan
mendedahkan pasukan mana yang membuat tawaran terbabit kerana masih belum
membuat sebarang keputusan. "Memang ada beberapa tawaran saya terima,
termasuk dua dari Liga Super, namun masih terlalu awal untuk membuat keputusan
kerana tumpuan saya kini adalah untuk mencapai tahap kecergasan sebenar,"
katanya ketika dihubungi, di sini.
Rozaimi
berkata, kecederaan akibat kemalangan kini semakin sembuh dan dia sudah mula
menjalani latihan di padang untuk mencari semula rentak permainannya.
"Sekarang ini saya menjalani latihan bersama skuad Sabah dan mula rasa
selesa beraksi di padang, kecederaan bahu yang saya alami akibat kemalangan
juga semakin pulih. "Saya berharap akan dapat menemui semula rentak
permainan saya sebelum musim baru bermula tahun depan," katanya. Rozaimi
juga tidak menolak kemungkinan akan kekal bersama skuad Sang Badak jika khidmatnya
masih diperlukan bagi musim depan.
"Setakat
ini, saya tidak menerima tawaran dari Sabah, namun jika mereka masih perlukan
khidmat saya, saya akan pertimbangkan... siapa tidak mahu mencurah bakti
bersama pasukan negeri sendiri," katanya. Rozaimi terbabit dalam nahas
jalan raya di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, di sini, pada 6 Julai lalu yang turut
mengakibatkan anak saudaranya, Awangku Mohd Faris, 21, meninggal dunia. Oktober
lalu, Rozaimi mengesahkan kontraknya bersama skuad Badak tidak disambung dan
berhasrat berpindah menyertai pasukan Liga Super dalam saingan Liga-M musim
depan.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/109511
No comments:
Post a Comment