16 Disember 2015 12:11 AM
KEJAYAAN Ahmad Hazwan Bakri
turut dimuat naik Facebook Selangor FA.
KUALA LUMPUR – Aksi cemerlang
Ahmad Hazwan Bakri meledak dua gol untuk membantu Selangor muncul juara Piala
Malaysia, Sabtu lalu membolehkan dia dnobat sebagai Pemain Terbaik Asia
Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.
Hazwan, 24, mempamer prestasi
terbaik dalam perlawanan akhir untuk membantu Red Giants menumpaskan Kedah 2-0
di Stadium Shah Alam, sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.
Menerusi pemilihan ini, Hazwan
menewaskan dua calon lain iaitu penjaga gol kelab Thailand, Saraburi FC, Pisan
Dokmaikaew dan juga penjaga gol kelab Indonesia, Semen Padang, Jandia Eka
Putra.
Menurut kenyataan Goal.com,
walaupun Hazwan dilihat kurang menonjol musim ini, dia memberi sumbangan besar
dalam aksi penting.
“Dia membuktikan sentuhan
penyudah berbisanya Sabtu lalu dengan menjaringkan dua gol untuk memberi
tekanan kepada Kedah.
“Itu adalah sumbangan
terbesarnya buat pasukan, sekali gus membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia
dan menamatkan kemarau 10 tahun,” katanya.
Bekas penyerang Harimau Muda
kelahiran Labuan itu merupakan Pemain Terbaik Asia Tenggara ke-52 yang dipilih
oleh Goal.com.
Sejurus tamat perlawanan, dia
turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hazwan-pemain-8232-terbaik-asia-tenggara-1.169272#sthash.jp1LC52C.dpuf
No comments:
Post a Comment