WARTAWAN SINAR HARIAN
11 DISEMBER 2015
Kedah
PEMAIN pertahanan Kedah, Sabree Mat Abu
menitipkan doa agar kejayaan berpihak kepada skuad Lang Merah selepas mara ke
pentas akhir musim ini.
Selepas jarang beraksi dalam kesebelasan
utama gara-gara dihimpit kecederaan, Sabree teruja dan bercampur geram apabila
hanya mampu menonton rakan berlari atas padang.
"Kecewa kerana saya masih belum
cergas sejak jalani proses penyembuhan di Bukit Jalil. Kejayaan memasuki pentas
akhir diidam semua pemain.
"Ini pentas paling berprestij dan
rugi apabila sekadar jadi pemerhati. Tapi, bagi saya bola sepak merupakan
permainan berpasukan.
"Selepas lama tidak ke final, (kali
terakhir pada 2010), ini peluang terbaik
Kedah mengakhiri kemarau juara Piala
Malaysia.
"Pada 2008, kami menang ke atas
Selangor dan kali ini kebetulan bertemu lagi pasukan sama. Lawan sudah tentu
mahu membalas dendam dikecewakan tujuh tahun lampau.
"Pesanan saya, beri tumpuan dan
jangan leka walau sesaat," katanya pernah berkelana bersama pasukan PDRM
musim lalu.
Untuk rekod, pemain kelahiran Parit
Buntar, Perak ini pernah mengecapi nikmat Piala Malaysia termasuk berada dalam
skuad yang mencipta kejayaan tiga piala semusim iaitu pada 2007 dan 2008.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 11 DISEMBER
2015
No comments:
Post a Comment