Oleh
Maiamalina Mohamed Amin -maiamalina@hmetro.com.my
Kota Bharu:
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Indra Putra Mahayuddin sebagai
pemain terbaru menyarung jersi Kelantan.
Beliau
mengumumkan perkara itu di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, ketika
perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
malam ini.
Pengumuman
itu turut dimuat naiknya dalam laman sosial Facebooknya.
"Saya
mengumumkan TRW baru sahaja menandatangani kontrak dengan pemain jersi nombor
23, Indra Putra Mahayuddin, malam ini. Selamat kembali Indra," katanya.
Indra yang
bermain di posisi penyerang dan tengah pernah bersama Kelantan selama dua
musim.
Kepulangannya
dijangka memantapkan lagi jentera TRW sekali gus, mengembalikan kegemilangan
gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super Malaysia, musim baru.
Semalam,
pemain Mohd Daudsu Jamaluddin turut menandatangani kontrak bersama TRW, sekali
gus melengkapkan kuota pemain tempatan.
Tumpuan kini
adalah mencari pemain import berkualiti bagi mengisi tiga daripada empat kuota
yang masih kosong.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:07 PM
Indra Putra
Mahayuddin kembali menyarung jersi Kelantan.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/103669#sthash.eAWy7iz4.dpuf
No comments:
Post a Comment