KHAMIS, 17 DISEMBER 2015 @ 7:00
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan
EMPAT tonggak pertahanan
Selangor, Shahrom Kalam (dari atas kiri), Rizal Fahmi Rosid, Azrif Nasrulhaq
dan Raimi Md Nor. KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia, Selangor mendapat
suntikan motivasi bagi menghadapi saingan musim depan selepas empat tonggak
pertahanan mereka hampir pasti kekal menyarung jersi Merah Kuning.
Mereka adalah kapten pasukan,
Shahrom Kalam bersama pertahanan tengah, Rizal Fahmi Rosid; pertahanan kanan,
Azrif Nasrulhaq dan pertahanan kiri, Raimi Md Nor. Sumber memberitahu Sukan BH,
keempat-empat pemain ini juga sudah bersetuju dengan lanjutan kontrak yang
ditawarkan kepada mereka.
"Mereka menunjukkan
kesungguhan ketika beraksi di atas padang dan menjadi tonggak penting untuk
pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan. "Jadi, mereka berada dalam
perancangan kami untuk memperkukuh barisan pertahanan bagi memantapkan lagi
persefahaman, memandangkan kami bakal bersaing dalam kejohanan domestik dan
Piala AFC musim hadapan," katanya.
Trio pertahanan The Red Giants
ini - Shahrom, Azrif dan Raimi - membuktikan status selaku pertahanan terbaik
dalam saingan Piala Malaysia lalu apabila aksi kental mereka menyaksikan
Selangor sekadar bolos sembilan gol pada kempen lain. Malah, mereka turut
membantu Selangor merangkul gelaran naib juara Liga Super musim ini selain
mencatat rekod bolos ketiga paling sedikit dalam kempen liga dengan 29 gol.
SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/105756
No comments:
Post a Comment