New Delhi: Sama seperti
pengguna di seluruh dunia, rakyat India juga gemar membeli belah di Internet
tetapi ada satu produk yang dilaporkan sangat laris jualannya di negara itu.
Beberapa syarikat jualan dalam
talian di India memberitahu, ‘kek’ najis lembu adalah antara produk paling
popular di Internet.
Najis lembu digaul dengan
rumput kering sebelum dijemur dihasilkan di kawasan pedalaman dan biasanya
dijadikan bahan bakar.
Sejak ratusan tahun, ‘kek’
najis lembu digunakan penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan
dalam upacara keagamaan.
Kini syarikat jualan dalam
talian termasuk Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk
penduduk di kawasan bandar.
Apa yang menarik, menurut
syarikat berkenaan, sejak ‘kek’ najis lembu mula dijual di Internet beberapa
bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.
“Kek najis lembu disenaraikan
beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat
pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 29 Disember 2015 @ 6:09 AM
SEORANG wanita membuat ‘kek’
najis lembu di sebuah kampung di India.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/103141#sthash.RgJe2XQV.dpuf
No comments:
Post a Comment