SABTU, 12 DISEMBER 2015 @ 11:56 AM
Sanggup naik lori demi pasukan Kedah
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com
KUMPULAN penyokong dari Changlun dikenali
"Changlun Mai" tiba di perkarangan Stadium Shah Alam dengan menaiki
lori, menjelang perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015 antara Selangor dengan
Kedah malam ini di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan SHAH ALAM: Walaupun
boleh menggunakan pengangkutan yang lebih selesa, namun 15 penyokong Kedah
mengambil keputusan menaiki lori ke Shah Alam untuk menghadiri perlawanan akhir
malam ini.
Rombongan terbabit yang diketuai
Khoiruddin Ali, 44, berkata mereka sengaja tampil menaiki lori sebagai kelainan
bagi memeriahkan lagi perlawanan akhir Piala Malaysia, selain dapat berjimat.
"Tidak ada beza pun menaiki lori, kereta atau bas, asalkan kami berjaya
juga sampai ke sini dengan selamat.
"Malah, lori kami yang dihiasi warna
hijau kuning dan bendera Kedah turut menarik perhatian di lebuh raya dengan
rata-rata pengguna membunyikan hon sebagai tanda sokongan," katanya ketika
ditemui di perkarangan stadium. Khoiruddin berkata, keterujaan menyaksikan
Kedah beraksi di pentas akhir juga membuatkan mereka tidak sabar untuk menyaksikan
perlawanan final itu.
"Kami bertolak dari Changlun jam 5
petang semalam dan hanya memandu secara santai kerana tidak mahu terkejar
kejar. "Kami menjadi orang terawal sampai di Stadium Shah Alam iaitu pada
jam 3 pagi dan sekarang kami berehat sebentar sementara menunggu pintu masuk
dibuka jam 4 petang nanti," katanya.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/104391
No comments:
Post a Comment