KHAMIS, 31
DISEMBER 2015 @ 7:35 AM
PENYERANG
Liverpool, Christian Benteke (kiri) menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan
bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Sunderland dan Liverpool di Stadium of
Light di Sunderland, Britain. - Foto AFP LONDON: Christian Benteke sekali lagi
muncul wira untuk menghukum pasukan yang sedang bergelut, Sunderland 1-0, awal
pagi tadi, sekali gus membawa Liverpool berkongsi mata dengan Manchester United
yang menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyerang
Belgium itu memecah kebuntuan 22 saat selepas rehat dan menyumbat gol keenam
dalam kempen musim ini, jaringan paling pantas di separuh masa kedua dalam
saingan EPL musim ini. Liverpool, yang menewaskan Leicester City 1-0, Sabtu
lalu dengan satu lagi gol pada babak kedua dari Benteke kini mengumpul 30 mata
daripada 19 perlawanan, tetapi pasukan Juergen Klopp berada di belakang
Manchester United dengan perbezaan gol.
Sunderland
menduduki tangga kedua paling bawah liga dengan 12 mata selepas lima kekalahan
berturut-turut dan ketinggalan tujuh mata dari zon selamat. "Tiga mata,
hasil kerja keras," kata Klopp. "Ia bukan aksi yang terbaik yang kami
lakukan, kami mengetahuinya, tetapi kami terpaksa berjuang. "Semua orang
mahu mengakhiri tahun ini secara positif, kami melakukannya dan Sunderland
gagal tetapi kami membawa pulang tiga mata ini ke rumah, tidur dan bersedia
untuk perlawanan seterusnya," katanya kepada BBC. Sementara itu, Pengurus
Sunderland, Sam Allardyce mengutuk nasib buruk Sunderland. "Seperti
bernasib baik, jaringan bertuah buat Liverpool," katanya kepada Sky
Sports. - Reuters
SUMBE:
http://www.bharian.com.my/node/109766
No comments:
Post a Comment