Ad

Tuesday 29 December 2015

Kementerian Kesihatan kena saman

 
BANGUNAN Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur tempat pertubuhan Ikhlas memfailkan saman terhadap kerajaan semalam.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) semalam memfailkan saman terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan tiga yang lain berhubung rampasan rokok elektronik atau vape milik anggota pertubuhan itu di Johor.

Ikhlas memfailkan saman itu melalui Tetuan Termizi & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Selain Ketua Pengarah Kesihatan, pertubuhan itu turut menamakan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Ketua Polis Negara sebagai defendan.

Saman itu dibuat susulan operasi bersepadu pihak berkuasa berkenaan pada 15 Disember lepas, yang me­nyerbu dan merampas vape milik beberapa ahli Ikhlas di premis perniagaan di Johor yang terletak bawah pentadbiran MBJB, hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM400,000.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ikhlas memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan kesemua defendan menyerbu dan merampas rokok elektronik terdiri daripada peranti, mod dan cecair perisa milik anggota pertubuhannya, adalah tidak sah, salah dan batal.

Mereka juga memohon deklarasi mahkamah supaya pengharaman vape melalui penguatkuasaan peringkat negeri terutama melalui pihak berkuasa tempatan, MBJB adalah ultra vires dan bertentangan dengan undang-undang.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3viRppj6E Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment