Oleh
AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
WAN
Ahmad Najmuddin menunjukkan gambar sumbu badak yang dicuri pada sidang akhbar
di Johor Bahru semalam.
JOHOR
BAHRU – Seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan di sini ditahan malam tadi
kerana dipercayai mencuri sumbu badak milik Muzium Diraja Johor dua bulan
lepas.
Ketua
Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, pegawai kanan berumur 46
tahun itu baru bertukar ke negeri ini dari Terengganu pada Ogos lepas. Suspek
ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru
Selatan di sini pada pukul 9 malam kelmarin.
Beliau
berkata, suspek dipercayai membawa lari sumbu badak yang sedang dijemur di
hadapan Bangunan Sultan Ibrahim itu menggunakan sebuah kereta. Suspek berbuat
demikian selepas menghadiri satu mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan
Pelancongan negeri di bangunan tersebut yang terletak di Bukit Timbalan di sini
pada pukul 2.30 petang 19 Oktober lalu.
“Siasatan
berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan mendapati suspek
membawa lari sumbu badak itu ke dalam sebuah kereta pada hari kejadian,” katanya
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3vF1kfXXI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment