Ad

Monday, 7 December 2015

Mehmet mahu ulangi hatrik


Kembalikan nostalgia 1995, 1996, 1997
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  08 Disember 2015 12:23 AM
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet D
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet D
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet Durakovic (kiri). Turut kelihatan rakan sepasukannya ketika itu, Azman Adnan.
SHAH ALAM - Dua dekad lalu, Mehmet Durakovic berjaya membantu Selangor merangkul kejuaraan hatrik Piala Malaysia selepas menjadi sebahagian tonggak yang membawa Red Giants muncul juara 1995, 1996 dan 1997.
Selepas hampir 20 tahun berlalu, bekas tonggak pertahanan Australia itu bertekad untuk membawa pasukan kesayangannya menjulang Piala Malaysia sekali lagi, namun kali ini sebagai Ketua Jurulatih.
Selangor amat dekat di hati pengendali berusia 50 tahun itu kerana dia merupakan antara bintang Red Giants pada era kegemilangan mereka dengan menyarung jersi Merah Kuning dari tahun 1995 hingga 1998.
Pada 2013, Mehmet kembali ke pangkuan pasukan lamanya dan selepas dua musim tidak merangkul gelaran, tahun ini adalah masa terbaik buatnya menghidupkan semula nostalgia dua dekad.
Jelas Mehmet, biarpun beliau lebih gemar beraksi di pentas akhir Piala Malaysia sebagai pemain, namun kejayaannya membantu Selangor ke peringkat terpenting itu sudah memadai untuk dirinya selepas apa yang dilalui oleh pasukan apabila gagal merangkul sebarang trofi dalam sepanjang empat musim.
“Saya sanggup jadi pemain sebab saya boleh mengawal kaki sendiri (beraksi).
“Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan ini adalah hasil kerjasama daripada pasukan sebab tiada sesiapa pun beri kami peluang untuk sampai ke tahap ini (final).
“Sekarang kami berada di final dan saya sangat berbangga dengan pemain yang dimiliki.
“Kami berjaya mencipta kemenangan, sekali gus menceriakan kira-kira 70,000 atau 80,000 peminat Selangor dan mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira.
“Kami bukan sesiapa, namun kami terus berjuang dan berjuang dan akhirnya impian menjadi kenyataan (melangkah ke final),” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini, kelmarin.
Selangor melangkah ke pentas akhir selepas menundukkan juara bertahan, Pahang 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam.
Jaringan tuan rumah disumbangkan penyerang Brazil, Guilherme de Paula seawal minit ke-10, sebelum Nazmi Faiz Mansor meledak gol kedua pada minit ke-54.
Dalam pada itu, Mehmet kekal optimis dengan kemampuan pasukannya meskipun Selangor tidak memiliki wajah-wajah yang membarisi kesebelasan skuad kebangsaan.
“Saya percaya kepada pemain saya. Biarpun kami tiada muka wajib dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan namun itu tidak menjadi masalah. Kami tidak akan berhenti daripada berlatih dan esok (semalam) kami akan melakukan latihan pemulihan dalam kalangan pemain.
“Tiada apa lagi yang saya boleh minta daripada pemain. Norazlan (Razali) serta Nazmi dan juga yang lain cukup hebat malah saya bangga melihat cara kami bermain,” katanya lagi.
Sementara itu, pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari tidak mahu menyentuh isu kontrak pemain sehingga tamat musim ini bagi membolehkan mereka fokus sepenuhnya kepada aksi final Piala Malaysia.
“Fokus saya adalah kepada perlawanan final dan kita akan tumpukan untuk memenangi perlawanan tersebut dengan pasukan yang kita tidak pernah temui musim ini.
“Saya percaya dengan pasukan ini sehingga penghujung musim,” kata Amirudin.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mehmet-mahu-ulangi-hatrik-1.166637#sthash.kEHaRm09.dpuf

No comments:

Post a Comment