AHAD, 18 OKTOBER 2015 @ 11:47
MACHANG: Seorang wanita warga
emas dipercayai antara wanita tertua di Asia, Esah Jusoh, yang berusia 115
tahun, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jakar, Temangan. Allahyarham
menghembuskan nafas terakhir jam 11.40 malam tadi, di sisi ahli keluarganya.
Cucu Allahyarham, Nik Zainab Nik Soh, 33, ketika dihubungi mengesahkan perkara
itu. Beliau berkata, kesihatan neneknya merosot sejak seminggu lalu selain
tidak mempunyai selera makan.
Jenazah Allahyarham akan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Chuit selepas solat
Zuhur.
ESAH yang berusia 115 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.40
malam tadi, di sisi ahli keluarganya. - Foto Norizuan Shamsuddin
SUMBER :
http://www.bharian.com.my/node/89794
No comments:
Post a Comment