25
Disember 2015 6:30 PM
JAMBATAN
besi sementara di Mersing dibina bagi menggantikan jambatan yang diletupkan
tentera Jepun suatu ketika dahulu. MAJLIS DAERAH MERSING
MERSING
turut tercatat di dalam sejarah Perang Dunia Kedua apabila ia menjadi tempat
berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dan tentera Australia pada Januari
1942.
Ekoran
pertempuran itu, bandar Mersing dibom pada skala agak besar. Semasa kemaraan
ketumbukan tentera Jepun, pihak British dengan bantuan Batalion Ke-20 Tentera
Australia telah bersiap sedia di sekitar Mersing untuk mempertahankan kawasan
itu.
Keadaan
di Mersing ketika itu dilaporkan hujan lebat, menyebabkan air di Sungai Endau
naik beberapa meter sehingga menghanyutkan baraj muatan yang ada di situ.
Batalion
Ke-20 dilengkapi dengan kereta perisai dan periuk api, selain meneruskan
kawalan.
Menurut
Diari Perang dan Arahan Rutin Batalion Ke-20 Tentera Australia, pada 22 Januari
1942 berlaku pengeboman besar-besaran di Mersing oleh pihak tentera Jepun.
Kira-kira 200 tentera Jepun dilaporkan terbunuh.
Batalion
Ke-18 Tentera Australia pula ketika itu bergerak ke Estet Nittsdale yang
terletak di Jalan Mersing-Jemaluang. Namun pada 23 Januari 1942, dilaporkan
jalan tersebut juga teruk dibom pihak Jepun.
Jambatan
di bandar Mersing pula musnah akibat dibom sehingga jalan perhubungan terputus.
Pada
25 Januari, tentera Jepun meneruskan usaha untuk menawan sebahagian Mersing
sementara Batalion 20 pula diarahkan untuk meninggalkan Mersing pada waktu
malam dan berkubu di Jemaluang.
Pihak
Jepun ketika itu turut menjadikan sebuah bangunan di bandar Mersing sebagai
markas pertahanan mereka. Bangunan itu yang masih wujud hari ini dijadikan
bangunan Majlis Daerah Mersing.
-
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/rencana/dibom-tentera-jepun-1.172824#sthash.trpwFJWL.dpuf
No comments:
Post a Comment