Kuantan: Selain jurulatih
Zainal Abidin Hassan yang akan meninggalkan Pahang musim depan turut akan
mengangkat kaki sekurang-kurangnya tujuh pemain utama Tok Gajah musim ini.
Peluang mengekalkan tiga pemain
import juga turut dilihat samar apabila dikatakan tertarik dengan tawaran
lumayan beberapa pasukan yang begitu berminat dengan kelibat mereka.
Jika perpindahan pemain secara
beramai-ramai menjadi kenyataan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hampir
pasti akan berdepan episod kejatuhan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim
depan.
Tanpa kelibat pemain
berpengalaman yang sebelum ini menjadi tulang belakang Tok Gajah, imej selaku
pasukan disegani yang pernah mendakap Piala Malaysia, Piala Liga, Piala FA dan
Piala Sumbangsih sebelum ini pasti tercalar.
Faktor tawaran lumayan beberapa
pasukan selain sumber kewangan PBNP semakin menyusut menjadi faktor kepada
penghijrahan secara beramai-ramai pemain Tok Gajah.
Pemain yang disenaraikan untuk
meninggalkan Pahang kini difahamkan sedang mengadakan perbincangan terakhir
dengan pasukan baru sebelum keputusan muktamad dibuat minggu ini selepas PBNP
memutuskan masa depan mereka.
Kegagalan mendakap sebarang piala
musim menjadi penyebab PBNP tidak mampu menahan keinginan pemain utama mereka
berhijrah mencari haluan baru musim depan.
Difahamkan, Tok Gajah kini
hanya mampu menawarkan kontrak kepada pemain muda untuk membawa cabaran musim
depan, pendekatan berkenaan dilihat lebih selamat dalam keadaan sumber kewangan
mereka yang begitu terbatas.
Sebagai contoh untuk memiliki
pemain import seperti Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart yang menerima gaji
puluhan ribu ringgit sebulan memaksa PBNP menyediakan bajet besar setiap musim.
Imej pemain kebangsaan yang ada
pada Razman Roslan, Azamuddin Akil, R Gopinathan, Hafiz Kamal dan Khairul Azhan
Khalid turut menuntut mereka menerima gaji yang tidak kurang tingginya.
Difahamkan, Presiden PBNP,
Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah akan mengadakan pertemuan dengan pemain
Tok Gajah bagi menerangkan kedudukan mereka musim depan, esok.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 15 Disember 2015 @ 5:42 AM
ZAINAL (kiri) tinggalkan
Pahang.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/100197#sthash.OhmGi6fD.dpuf
No comments:
Post a Comment