Ad

Sunday 13 December 2015

Semakan keputusan kemasukan SBP esok

AHAD, 13 DISEMBER 2015 @ 6:15 PM 

 Oleh Sarah Aina Shawal sarah.aina@bh.com.my 
LAMAN web Kementerian Pendidikan Malaysia. CYBERJAYA: Seramai 69,680 pemohon boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) memasuki Tingkatan Satu  pada tahun depan, bermula 14 Disember 2015 ini.    Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Rashidah Md Arif, berkata permohonan dibuka selama sebulan bermula 15 Oktober lalu, melalui kendalian sistem berkomputer.    

"Semakan keputusan itu boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia;www.moe.gov.my.    "Selepas tawaran pengambilan pertama diumumkan, rayuan kemasukan ke Tingkatan Satu SBP boleh dibuat secara e-rayuan melalui laman web Kementerian Pendidikan yang mula dibuka pada 14 November 2015 hingga 6 Januari 2016," katanya.    Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) 03-83217400 atau berkunjung terus ke Kaunter Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/104719

No comments:

Post a Comment