Alor Setar: Baddrol Bakhtiar mahu
mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala
Malaysia pada tahun 2008.
Peluang ini bakal dikecapi oleh pemain
tengah itu apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam
pada Sabtu ini.
Baddrol, 27, masih merupakan pemain junior
ketika pertemuan 2008 itu.
"Saya akan manfaatkan pengalaman pada
2008 sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini.
Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan
2008," katanya.
Beliau berkata Kedah musim ini menampilkan
corak permainan berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan
kini diambil alih pemangku jurulatih Ramon Marcote. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9
Disember 2015 @ 4:32 PM
Baddrol mahu bantu Kedah di final Piala
Malaysia. - Foto fail NSTP
No comments:
Post a Comment