ISNIN, 14 DISEMBER 2015 @ 4:20
PM SFC
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin bhnews@bh.com.my
IKAN paus jenis 'cuvier beaked
whale' yang ditemui di pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sabtu lalu. KUCHING:
Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan bangkai mamalia laut yang
ditemui di pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sabtu lalu adalah ikan paus jenis
'cuvier beaked whale'.
Jurucakap SFC dalam kenyataan
berkata, pemeriksaan pada bangkai paus sepanjang 15.7 meter itu mendapati
mamalia itu mati akibat kecederaan di beberapa bahagian badan. Beliau berkata,
kecederaan dipercayai berlaku akibat terlanggar batu ketika mamalia itu
berenang di perairan cetek berhampiran pantai.
"Pada malam Jumaat lalu,
kakitangan SFC menerima maklumat orang awam mengenai seekor ikan besar
dipercayai lumba-lumba terkandas di pantai Tanjung Batu. "Pasukan kami
bergegas ke lokasi dan menemui ikan yang masih hidup ketika itu sebelum
dilepaskan kembali ke laut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat,"
katanya.
Bagaimanapun, sehari selepas
itu orang ramai menemui bangkai paus terdampar di pantai berkenaan dan disahkan
mamalia sama yang cuba diselamatkan oleh SFC. SFC berkata, kejadian itu amat
menyedihkan dan ia mungkin disebabkan kecederaan dialami terlalu serius
sehingga menyebabkan kematian paus berkenaan. Sampel kulit dan cebisan daging
mamalia itu diambil untuk diuji bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya
manakala bangkai ditanam di Taman Negara Similajau.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/105024
No comments:
Post a Comment