25
Disember 2015 6:25 PM
PULAU
Setindan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Mersing
PULAU
Setindan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Mersing boleh dilawati
dengan hanya berjalan kaki ketika air laut surut.
“Kajang
Pak Malau, kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau
dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu”.
Sesiapa
yang pernah menonton filem atau teater Sri Mersing pasti teringat akan ungkapan
yang dilafazkan oleh Damak. Kisah Damak, seorang anak muda yang singgah di
sebuah perkampungan lalu bertemu dengan anak gadis Pak Malau yang bernama Sri
menjadi filem yang masih diingati sehingga ke hari ini.
Menurut
penduduk tempatan, Jamil Abu Bakar, cerita percintaan terhalang antara Damak
dan Sri itu sebenarnya diadaptasi dari kisah yang benar-benar terjadi di
Mersing. Namun sehingga kini tiada bukti fizikal iaitu kubur mereka ditemui di
sekitar Mersing.
“Betul
wujud orang bernama Pak Malau. Menurut cerita orang-orang tua yang saya sendiri
‘jejaki’, Pak Malau telah lari daripada buruan British lalu menukar namanya.
Dari kisah inilah telah dijadikan sebuah filem yang meruntun hati, Sri Mersing
itu,” katanya.
Bercerita
mengenai pengalamannya ketika kecil, Jamil berkata, dahulu, dia dan keluarga
tinggal di sebuah kampung di Pulau Setindan yang terletak kira-kira satu
kilometer dari bandar Mersing.
Katanya,
sewaktu kecil, dia sering berjalan kaki berulang-alik dari Mersing ke pulau itu
untuk ke sekolah. Bukan sesuatu yang menghairankan apabila menyebut orang
Mersing berjalan kaki ke Pulau Setindan. Ini kerana air laut yang surut
membolehkan sesiapa sahaja berjalan kaki untuk sampai ke situ.
“Itu
kenangan saya ketika kecil. Sungguh seronok ketika itu kerana saya bermain bersama
rakan-rakan lain sewaktu berjalan untuk pulang ke pulau itu. Tetapi kini sudah
tiada rumah lagi di pulau itu kerana mereka telah berpindah ke Mersing,”
katanya.
Kenangan
sama turut diceritakan Mariam Arim, 60, yang pernah berjalan kaki ke pulau itu
sewaktu zaman persekolahannya. Katanya, dia dan rakan-rakan sering berjalan
sewaktu air laut surut dan sebelum air pasang semula, mereka akan berjalan
semula pulang ke Mersing.
“Kami
ke pulau itu untuk menikmati pemandangan pantai dan pulau. Di situ, ada sebuah
perkampungan yang mengandungi 50 buah rumah,” katanya.
Sehingga
hari ini, pulau itu masih boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki apabila air
laut surut.
-
Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/kisah-pak-malau-pulau-setindan-1.172822#sthash.QFFvoAp1.dpuf
No comments:
Post a Comment