Pada
hari ini 31.12.1960, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan kepada tujuh
buah Sekolah Agama Rakyat Cawangan Al-Ulum Batu 20, Telok Anson. Ketika
menyampaikan berita tersebut, Ustaz Salleh Othman selaku Pegawai Perhubungan
sekolah-sekolah Agama Rakyat Persekutuan menjelaskan bahawa bantuan tersebut
diberikan bagi tujuan memajukan lagi sekolah-sekolah agama di Persekutuan.
Beliau juga memberitahu bahawa 70% daripada bantuan itu adalah untuk membayar
gaji guru-guru sementara 30% lagi adalah untuk kemajuan sekolah. Untuk
memperolehi bantuan tersebut sekolah-sekolah berkenaan hendaklah mematuhi
beberapa syarat yang ditetapkan. Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi
ialah:
membuat
peraturan sekolah seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan.
belajar
196 hari setahun
murid-murid
dicampurkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru sekiranya murid di asingkan
mengikut jantina.
guru
dan ibubapa sanggup bekerjasama untuk kemajuan pelajaran dan sekolah.
Bantuan
yang diberikan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan turut
melaksanakan usaha ke arah memajukan lagi sekolah-sekolah Agama Rakyat.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment