Ad

Tuesday 29 December 2015

Jumlah mangsa dipindahkan meningkat 1,704 di Terengganu

29 Disember 2015 10:14 AM
banjir2016
banjir2016
ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah kedai di Kampung Padang Kubu, Kemaman semalam. - Foto IHSAN BOMBA
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di beberapa daerah sekitar Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Kemaman mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 991 orang daripada 243 keluarga diikuti Hulu Terengganu 474 orang (194 keluarga), Dungun 231 orang (64 keluarga) dan Marang sebanyak lapan mangsa (dua keluarga).
Pusat pemindahan yang dibuka sejak dua hari lepas bertambah dengan Kemaman kini sebanyak 15 pusat, Hulu Terengganu (11 pusat), Dungun (empat pusat) dan Marang sebuah pusat.
Cuaca pagi ini dilaporkan cerah. - BERNAMA

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumlah-mangsa-dipindahkan-meningkat-1-704-di-terengganu-1.174038#sthash.iNb1YS8l.dpuf

No comments:

Post a Comment