Menyediakan kemudahan prasarana
di negara ini merupakan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat. Bagi
mempercepatkan proses penyediaan kemudahan ini pihak Kerajaan menjalankan dasar
pengswastaan terutamanya yang melibatkan kos yang tinggi serta jangkaan keuntungan
yang memakan jangka masa yang panjang.
Salah satu syarikat awal yang
terlibat dalam usaha-usaha pembinaan lebuhraya di Malaysia ialah United
Engineers (M) Sdn. Bhd. syarikat yang bertanggungjawab membina lebuhraya
Utara-Selatan daripada Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Johor Bharu, Johor. Bagi
melaksanakan projek ini di peringkat kedua, satu perjanjian surat hasrat telah
ditandatangani di Kuala Lumpur pada 29 Disember 1986. Laluan di peringkat kedua
ini melibatkan jarak sepanjang 504 km dengan kos sebanyak RM3400 juta dan
dijangka siap pada tahun 1992. Pada majlis tersebut Kerajaan diwakili oleh
Datuk Samy Vellu, manakala United Engineers diwakili oleh Naib Pengerusi
Eksekutif Encik Halim Saad.
Peringkat pertama lebuhraya ini
yang bernilai RM2100 juta menghubungkan Changkat Jering ke Ipoh dan Senawang ke
Air Keroh, Melaka siap pada Mei 1987 iaitu sepanjang 400 kilometer. Pembinaan
Lebuhraya Utara-Selatan telah berjaya mewujudkan lebuhraya yang terpanjang di
Malaysia dan telah memberi kemudahan pengangkutan yang paling baik dan selesa
kepada penduduk di negara ini.
Sumber- http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment