Oleh Firdaus Hashim-firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Saya
menafikan menerima gaji sebanyak RM3 juta", kata pemain import Selangor
Andik Vermansyah, hari ini.
Belum pun sampai 24 jam
mengesahkan kekal bersama skuad juara Piala Malaysia itu menerusi perjanjian
kontrak baru selama dua tahun pemain kelahiran Jember, Indonesia itu dikaitkan
dengan cerita terbaru - ‘menerima gaji sebanyak RM3 juta’.
Bagaimanapun, Andik tampil
menafikan khabar angin itu.
Dia menegaskan nilai sebenar
dirinya lebih rendah daripada apa didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab
itu.
Pemain lincah itu kecewa dan
hairan kerana isu itu tiba-tiba timbul sehari selepas dia mengesahkan masa
depannya bersama Selangor.
"Saya tidak tahu mengapa
isu dibangkitkan malah mengatakan saya menerima gaji paling tinggi dalam
pasukan untuk musim depan,” katanya kepada Arena Metro.
"Sejujurnya, saya tidak
pernah meletakkan harga hingga RM3 juta dan kalau mahu tahu gaji dan elaun saya
tidak sampai ratus ribu.
"Saya nafikan
sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana ia secara tidak langsung tidak baik buat
imej saya selain boleh mendapatkan rasa cemburu kepada rakan sepasukan.
"Bukan itu sahaja, malah
keluarga saya di Indonesia juga ketika ini di dalam ketakutan kerana isu itu
yang boleh mengundang kepada perkara negatif".
Andik, 24, menyertai Red Giants
sejak dua musim lalu menandatangani kontrak baru sebelum final Piala Malaysia
Sabtu lalu sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan pasukan itu.
"Saya bukan bintang atau
pemain meletak harga tinggi. Saya pemain biasa dan saya sayang pasukan ini.
"Saya amat gembira dan
selesa berada di sini (Selangor) dan mahu membantu pasukan untuk mencapai lebih
banyak kejayaan selepas ini.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 16 Disember 2015 @ 9:56 PM
Andik mahu bantu Selangor capai
lebih banyak kejayaan. Foto fail NSTP
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/100572#sthash.nelkRcET.dpuf
No comments:
Post a Comment