Ad

Wednesday, 30 December 2015

Pemain TRW yang hambar boleh dipotong gaji

SELASA, 29 DISEMBER 2015 @ 6:02 PM

Oleh: Mohd Zulkifli Zainuddin bhsukan@bh.com.my KOTA BHARU:
Pemain The Red Warriors (TRW) yang gagal mempamerkan prestasi sebenar bakal berdepan dengan potongan gaji 10 hingga 30 peratus selepas diberikan notis oleh pengurusan KAFA. bhsukan@bh.com.my KOTA BHARU: Pemain The Red Warriors (TRW) yang gagal mempamerkan prestasi sebenar bakal berdepan dengan potongan gaji 10 hingga 30 peratus selepas diberikan notis oleh pengurusan KAFA. 

 Keputusan itu dibuat melalui Kongres KAFA kali ke-61, selepas mendapati Kelantan menunjukkan prestasi merudum dalam Liga Super 2015, walaupun pertukaran Ketua Jurulatih dan pemain import sudah dilakukan.   Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya sudah menetapkan syarat berkenaan kepada pasukan termasuk pemain yang baru selesai tandatangani kontrak dan awang import berhubung peraturan itu.   Beliau berkata, berdasarkan peraturan baharu itu, jika pemain TRW didapati tidak menunjukkan prestasi pada tahap sepatutnya, pemain itu akan diberi amaran pertama dan diberi tempoh selama satu bulan untuk dibaiki. 

 "Jika pemain berkenaan masih gagal membaiki prestasinya, kita akan memberi notis amaran kedua dan seterusnya akan diberi amaran ketiga jika masih mempamerkan prestasi sama.   "Namun begitu, selepas tiga amaran diberikan kepada kepada pemain terbabit, kami terpaksa mengambil tindakan memotong gaji sebanyak 10 peratus. Jika pemain berkenaan masih gagal mengubah prestasi mereka, potongan gaji bertambah kepada 20 peratus dan terakhir sebanyak 30 peratus. "Akhir sekali pemain berkenaan akan berhadapan dengan penyingkiran berikutan kegagalan menyajikan prestasi pada tahap sepatutnya supaya bayaran gaji dimanfaatkan sebaik mungkin. Bagi peraturan itu, kita akan selalu menyemak buku laporan prestasi yang disediakan Ketua Jurulatih, K Devan," katanya di sini, sebentar tadi.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/109324

No comments:

Post a Comment