Ad

Saturday 12 December 2015

Shah Alam semakin gamat

SABTU, 12 DISEMBER 2015 @ 4:35 PM
Shah Alam semakin gamat
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
PENYOKONG "The Red Giant" dan "Helang Merah" bergambar diluar stadium sebelum perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 diantara pasukan Selangor menentang Kedah 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat SHAH ALAM: Venue akhir Piala Malaysia, Stadium Shah Alam di sini, semakin gamat dengan kehadiran penyokong Selangor dan Kedah untuk menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan malam ini.

Kedua-dua penyokong pasukan itu sudah mula berhimpun di pintu masuk yang ditetapkan sambil dengan setia walaupun cuaca hujan selama kira-kira 15 minit sebentar tadi. Malah, ada sekelompok penyokong yang sudah mula beratur di pintu masuk bagi memasuki stadium walaupun pintu masuk hanya dibuka pada jam 4 petang tadi. Penyokong Selangor berkumpul di pintu belakang dari arah Pasaraya Giant, manakala penyokong Kedah membanjiri perkarangan kawasan berhampiran pintu masuk utama.

Namun, kehadiran penyokong Kedah dilihat lebih ramai berbanding Selangor berikutan kebanyakan daripada mereka merancang perjalanan lebih awal berikutan datang dari luar Lembah Klang. Meskipun pintu masuk diasingkan antara penyokong, seakan tidak ada masalah untuk penyokong Kedah dan Selangor sama-sama berkumpul sambil beramah mesra sebelum perlawanan bermula. Nyata perseteruan membabitkan pasukan mereka tidak menghalang mereka untuk turut sama menyaksikan perlawanan akhir yang bakal berlangsung 9 malam nanti.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/104465

No comments:

Post a Comment