PEMAIN Kedah tidak gentar untuk berdepan
saingan sengit Selangor pada aksi final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah
Alam esok.
DEBARAN final Piala Malaysia 2015 yang
menemukan juara 32 kali, Selangor dan juara Liga Premier, Kedah di Stadium Shah
Alam esok, makin dirasai.
Biarpun beraksi di gelanggang lawan, skuad
Helang Merah tidak gentar dengan tentangan sengit yang bakal diberikan Gergasi
Merah.
Skuad bimbingan Ramon Marcote itu optimis
mampu menumbangkan anak-anak buah Mehmet Durakovic tersebut yang dalam misi
memburu kejuaraan buat kali ke-33.
Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari
berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa skuad Helang Merah serta
semangat juang rakan-rakannya dalam saingan suku akhir dan separuh akhir tempoh
hari.
Katanya, biarpun menghormati pasukan lawan
yang beraksi dalam Liga Super serta dibarisi pemain berpengalaman, namun
kemaraan Helang Merah kini sukar disekat.
“Para pemain sudah bersedia untuk bertemu
dengan Selangor yang bukan calang-calang pasukan dan kita harap momentum
kecemerlangan yang dicapai sebelum ini dapat diteruskan.
“Justeru, saya mengharapkan rakan-rakan
dapat menunjukkan persembahan terbaik dan bermain sebagai satu pasukan bagi
memastikan impian untuk membawa pulang Piala Malaysia musim ini tercapai,”
katanya di Alor Setar semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3txnDI4xK
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment