Shah Alam: Awas Selangor. Gabungan semula Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote Pequeno bakal memberi masalah besar buat Selangor.
Cheng Hoe yang menjalani kursus kejurulatihan di China dan baru tiba petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal kembali mengendalikan pasukan Kedah yang sebelum ini dijaga cemerlang Pequeno.
Menurut Pequeno, bukan satu masalah Cheng Hoe datang lambat atau tidak, paling penting kembali kerja bersama kerana sebelum ini mereka sentiasa mempunyai semangat, corak permainan dan fikiran sama.
“Beliau akan hadir memberi sokongan tapi bagi saya, kami akan kembali bergabung. Kami akan memberi yang terbaik untuk pasukan. Kami berkawan baik, kerja bersama serta mempunyai sasaran sama,” katanya pada sidang media perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam.
Jelasnya, Cheng Hoe akan kembali mengambil tugas sebagai ketua jurulatih menjelang perlawanan hari ini dan sejak ketiadaan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan, itu tidak ada sebarang perubahan besar dilakukan.
“Sejak hari pertama ke Malaysia saya sentiasa bekerjasama bersama Cheng Hoe, walaupun beliau ke China baru-baru ini tidak ada sebarang perubahan.
“Beliau sahabat baik saya di Malaysia, kami mempunyai sasaran sama. Kehadirannya akan memberikan sesuatu yang istimewa, ibarat seorang ahli keluarga melengkapkan satu keluarga besar,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 5:15 AM
DARI kiri Durakovic, Shahrom, Khairul Helmi dan Pequeno pada sidang media perlawanan akhir semalam.
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/99676#sthash.R6iRfkUn.dpuf
No comments:
Post a Comment