Ad

Tuesday, 8 December 2015

214 botol vape ganja dirampas

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD, AHMAD ZAINUL ARIFFIN dan AZZMAN ABD. JAMAL
KANDUNGAN ganja dalam vape yang berupaya bertahan dalam tubuh manusia selama enam minggu berisiko menyebabkan kegagalan dalam ujian saringan air kencing. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Laporan khas Kosmo! tiga ming­gu lalu yang membongkar kewujudan vape perisa ganja di negara ini terbukti benar.

Semalam, polis berjaya me­rampas sebanyak 214 botol cecair vape perisa ganja di Banting dan Ampang, Selangor.

Menurut sumber Kosmo!, dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Pe­risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, polis menahan tujuh suspek yang dipercayai menjadi dalang dalam aktiviti penjualan cecair vape perisa ganja.

Perkara tersebut turut disah­kan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya semalam.

“Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap tujuh orang dan rampas 214 botol cecair vape mengandungi ganja dan biskut ganja di Banting dan Ampang #GoPDRMGo,” katanya.

Kosmo! difahamkan, maklumat mengenai operasi itu akan dimaklumkan secara terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada satu sidang akhbar yang akan diadakan hari ini.

Sumber Kosmo! memberitahu, vape perisa ganja yang dirampas bersaiz 30 mililiter dan dijual pada harga RM50 hingga RM80 sebotol.

“Vape perisa ganja ini dipercayai mula dijual di pasaran gelap sejak awal tahun ini di beberapa lokasi di Lembah Klang. Sebenarnya, ia (vape perisa ganja) menjadi popular selepas diperkenalkan pada satu festival vape iaitu Vapegasm 1.0 yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.

“Modus operandinya ialah jual secara COD (cash on delivery - bayar ketika ambil) dan dibekalkan kepada pelanggan tetap, kenalan serta komuniti vape,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu menambah, polis percaya masih ramai pengusaha rokok elektronik yang menjual cecair vape yang mengandungi bahan terlarang itu.

“Kami sedang giat memburu mereka,” kata sumber itu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, individu yang menghisap vape jenis itu berdepan dengan bahaya kerana kandu­ngan ganjanya berupaya bertahan dalam darah manusia selama enam minggu.

“Jika ditahan dalam operasi narkotik, mereka pasti gagal dalam ujian saringan air kencing,” kata­nya lagi.

Pada 17 November lalu, Kosmo! me­laporkan, terdapat cecair pe­risa vape yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda disahkan mengandungi dadah jenis ganja selepas sampel cecair rokok elek­tronik berkenaan diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Sampel perisa vape menga­n­dungi ganja itu diperoleh wartawan Kosmo! daripada seorang pembekal di Shah Alam, Selangor setelah seminggu me­nyamar sebagai pembeli cecair rokok elektronik tersebut.

Menurut Pengarah Eseri, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, perisa vape tersebut mengandungi dua jenis ganja semula jadi iaitu kanabidiol dan kanabinol serta satu ganja sintetik jenis dronabinol.Susulan laporan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan drastik mengharamkan rokok elektronik di 20 universiti awam.
Pengambilan vape perisa ganja, menurut seorang pakar kesihatan, boleh membuatkan pengguna menjadi gila atau tidak siuman akibat tindak balas kimia terhadap otak.SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3tmHhLebqHakcipta terpelihara


No comments:

Post a Comment