Los Angeles: Filem ‘Star Wars:
The Force Awakens’ memecahkan rekod jualan tiket tayangan malam pembukaan di
Amerika Syarikat dan Kanada serta dijangka meraih pendapatan tertinggi dalam
industri perfileman.
Catatan menunjukkan filem
terbaru epik angkasa lepas yang memang ditunggu-tunggukan tayangannya meraih
AS$57 juta (RM245 juta) untuk hari pembukaannya, mengatasi dengan mudah rekod
terdahulu - AS$43.5 juta (RM187 juta) - yang dicatatkan ‘Harry Potter and the
Deathly Hallows: Part 2’ pada 2011.
Menurut Disney, dicampurkan
dengan Jumaat, jualan tiket menjangkau AS$125 juta (RM536 juta) - rekod terbaru
industri perfileman, yang tertinggi dalam sehari bagi sebuah filem dalam
sejarah industri itu.
Sejak mula ditayangkan di
seluruh dunia di luar benua Amerika Utara pada Rabu lalu, ‘The Force Awakens,’
mencatatkan jualan tiket berjumlah sekurang-kurangnya AS$130 juta (RM558 juta)
dengan mencatatkan rekod baru di Britain, Jerman, Norway dan Sweden.
Penganalisis meramalkan, siri
ke tujuh Star Wars itu yang menelan belanja AS$200 juta (RM858 juta) untuk
diterbitkan berupaya mencatatkankan jualan terbesar untuk tayangan hujung
minggu di samping menjadi filem paling banyak mendapat sambutan dalam sejarah.
Rekod tayangan pertama hujung
minggu sebelum ini dipegang oleh ‘Jurassic World,’ yang mula ditayangkan awal
tahun ini dengan catatan jualan tiket sebanyak AS$208.8 juta (RM892 juta). -
Reuters
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:07 AM
PEMINAT Star Wars menjulang
lightsaber mereka ketika Pertarungan Lightsabe LA di Dataran Pershing, Los
Angeles, California, semalam. Ia diadakan sempena permulaan tayangan filem
‘Star Wars: The Force Awakens’ di Amerika Syarikat.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/101297#sthash.rLIuELLI.dpuf
No comments:
Post a Comment