Oleh
AMMAR JAZLAN MAD LELA
ALOR
SETAR – Bekas wartawan dan pengacara televisyen terkenal, Aziz Desa (gambar)
menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Seri Dayang, Pulau Langkawi
semalam akibat komplikasi diabetes, buah pinggang dan jantung.
Allahyarham
atau nama sebenarnya Abdul Azid Desa, 50, menghembuskan nafas terakhir
kira-kira pukul 10.50 pagi meninggalkan seorang isteri, Raden Norazlina Raden
Jumari, 50, dan enam cahaya mata berusia antara 13 hingga 22 tahun.
Aziz
yang merupakan bekas wartawan Berita Harian juga pernah berkhidmat di stesen
penyiaran TV3 dan mengendalikan program bual bicara terkemuka seperti Malaysia
Hari Ini (MHI) dan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Sewaktu
mengacarakan MHI, Aziz digelar Mat Cermin kerana popular dengan tagline Cermin
cermin diri.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3vaRDBjxb
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment