Oleh Khairulmizan
Yahya-am@hmetro.com.my
Kuantan:
Penduduk dan pengunjung di sekitar Pantai Balok, dekat sini, dikejutkan dengan
perubahan air laut berwarna kemerah-merahan di pantai berkenaan, semalam.
Situasi itu
disedari oleh orang ramai selepas hujan berterusan yang melanda daerah ini
sejak petang Ahad lalu.
Malah,
kebanyakan pengunjung yang singgah ke pantai itu hairan dengan situasi terbabit
sehingga ada yang mengaitkannya dengan kesan perlombongan bauksit di daerah
ini.
Sehingga
petang semalam, imej fenomena yang disifatkan sebagai ‘laut merah’ oleh
penduduk tempatan itu disebarkan secara meluas di media sosial sehingga menjadi
viral.
Penduduk,
Zulkifli Samad, 23, berkata, dia hairan dengan perubahan air laut berkenaan
yang tidak pernah berlaku di pantai berkenaan sebelum ini.
Katanya, keadaan
itu menyebabkan ada kalangan pengunjung yang singgah di pantai itu membatalkan
hasrat mereka untuk mengadakan aktiviti riadah.
“Saya lihat
air itu keruh dan berwarna kemerah-merahan. Ramai yang kata ini disebabkan oleh
debu pencemaran bauksit, tetapi kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya,”
katanya.
Menurutnya,
memandangkan situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini, peniaga di kawasan
itu menasihatkan supaya pengunjung tidak bermain air.
“Saya harap
pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar dapat menyiasat punca kejadian
ini.
“Ini kerana
ia boleh memberi imej negatif kepada pantai terbabit yang sering menjadi
tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya.
Sementara
itu, tinjauan mendapati situasi sama turut dikesan di kawasan persisiran pantai
di sepanjang Jalan Beserah-Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan, dekat sini.
Kesan debu
merah turut dilihat pada batu di kawasan pantai terutama selepas air pasang.
Pada Mei
lalu, penduduk di daerah ini dikejutkan dengan fenomena ‘laut merah’ yang dapat
dilihat sepanjang persisiran pantai di Tanjung Gelang berhampiran Pelabuhan
Kuantan.
Bagaimanapun,
pihak berkuasa menjelaskan bahawa fenomena itu tidak berbahaya kepada hidupan
marin di perairan berkenaan berdasarkan keputusan ujian terhadap sampel air di
kawasan itu.
Ia dikatakan
berpunca daripada kesan pencemaran debu bauksit yang memasuki Sungai Pengorak
sebelum mengalir ke laut.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 6:43 AM
PENGUNJUNG
berjalan di pesisir Pantai Batu Hitam.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/103434#sthash.LkOTVerN.dpuf
No comments:
Post a Comment