Pada hari
ini 31.12 dalam tahun 1932, buat
kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah
diubah buat kali
pertama dari jam
11.40 minit malam
kepada jam 12.00
malam. Perubahan waktu
ini menjadikan waktu
Persekutuan Tanah Melayu
7 jam 20
minit lebih awal dari
Waktu Greenwich. Namun
pada 1 September
1941, sekali lagi
waktu Persekutuan Tanah
Melayu telah diubah dengan dipercepatkan
10 minit bagi
menyelaraskan waktu tempatan
dengan waktu antarabangsa. Sewaktu
pemerintahan Jepun, waktu
Tanah Melayu ditukar
lagi mengikut waktu
Tokyo iaitu 2
jam lebih awal.
Waktu tersebut digunakan
hingga tamatnya pemerintahan
tentera Jepun pada
tahun 1945. Waktu
Persekutuan Tanah Melayu
digunakan semula sehingga 31
Disember 1981 apabila
kerajaan Malaysia dengan
rasminya telah mempercepatkan waktu
Malaysia sebanyak 30
minit. Langkah itu
diambil untuk menyeragamkan
waktu di antara
Sabah, Sarawak dan
Semenanjung. Berikutan perubahan
itu, waktu siang Malaysia adalah
lebih lama dari waktu malam dan meletakkan
waktu Malaysia kepada
8 jam awal
dari waktu Greenwich.
Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini
memberi erti yang
besar dan bersejarah
kepada rakyat Malaysia.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment