NIZAM ZAIN
15 DISEMBER 2015
Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih
apabila usaha beliau untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Mara
Digital mendapat kecaman daripada bangsa sendiri.
Beliau berkata inisiatif
pengecualian sewa premis sehingga enam bulan itu bertujuan untuk mengurangkan
beban kepada penyewa, memandangkan Mara Digital memerlukan masa untuk dikenali
orang ramai untuk maju seperti pusat digital lain di negara ini.
“Saya sangat mengharapkan
sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini.
Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai
usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi
jangan cuba gagalkan.
“Saya hairan sepatutnya kita
suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu
tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu,” katanya dalam terbaru
di akaun Facebooknya, hari ini.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah
dilabelkan sebagai rasis kerana mahu menubuhkan Mara Digital susulan insiden
kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Beliau mempertahankan langkah
itu selari dengan hasrat untuk membantu usahawan Bumiputera dalam menceburi
industri itu.
Langkah itu pengecualian sewa
bagi enam bulan pertama itu diharap dapat menggalakkan peniaga memberikan
potongan harga kepada pembeli, sekaligus menarik minat lebih ramai pengunjung.
Cadangan membina Mara Digital,
yang asalnya digelar "Low Yat 2", tercetus susulan insiden pergaduhan
di Plaza Low Yat Julai lalu hingga hampir mencetuskan ketegangan kaum antara
Melayu dan Cina.
Menurut entri itu, beliau juga
berkata Mara Digital dapat memberikan peluang kepada usahawan Melayu dan
Bumiputera yang terpinggir daripada mendapat tempat di pusat digital lain.
“Orang ini bimbang jika sewa
percuma, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada
peniaga-peniaga di Mall lain.
“Kononnya harga telefon pintar
sudah tetap, jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yang
bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon pintar semata-mata dijual di sana
tetapi juga aksesori produk IT yang boleh turun harga. Bagi saya terserah
kepada kebijaksanaan peniaga,” katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 15
DISEMBER 2015
No comments:
Post a Comment