ISNIN, 14 DISEMBER 2015 @ 12:48
PM
Dr Hassan Said dilantik Naib
Canselor UiTM ke-9
NAIB Canselor Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Ke-9, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. - Foto Surianie Mohd
Hanif KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof
Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti
Teknologi Mara (UiTM) yang kesembilan, berkuatkuasa 1 Februari 2016.
Dalam kenyataannya, Kementerian
Pendidikan Tinggi berkata, sebelum ini Dr Hassan menyandang jawatan sebagai
Naib Canselor Universiti Taylor's dan menjadi Ketua Pengarah Pengajian Tinggi
antara Januari 2005 hingga April 2008. Dr Hassan memiliki ijazah sarjana muda
dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana
sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga
daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer
Aided Geometric Design.
Beliau telah memulakan kerjaya
sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984,
kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib
Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke kementerian pada
1998 sebagai pengarah bahagian. "Kementerian juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri
Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh
perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini," kata
kenyataan itu.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/104947
No comments:
Post a Comment