Milan:
Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti
‘baguette’ sepanjang 122 meter yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di dunia
pada Pesta Dunia Expo Milan 2015, semalam.
Hakim Rekod
Dunia Guinness mengesahkan roti Perancis itu - yang terkenal dengan bahagian
luar keras manakala bahagian dalamnya lembut dan gebu - sebagai yang terpanjang
di dunia selepas 60 pembuat roti menghabiskan hampir tujuh jam kelmarin untuk
menyiapkannya.
Mereka turut
menggunakan ketuhar mudah alih yang direka khas untuk membolehkan roti
berkenaan dimasak di luar.
Pembuat roti
terbabit menghabiskan 20 meter sejam dan mereka berdepan kesukaran cuaca sejuk
selain terpaksa berhati-hati untuk memastikan baguette berkenaan tidak putus.
Pembuat
roti, Dominique Anract berkata: “Memang mencabar membuat roti dalam cuaca sejuk
seperti ini kerana boleh memberi kesan terhadap doh.
“Tetapi,
kami berjaya melakukannya.”
Selain itu,
pembuat lepa coklat Nutella, Ferrero, turut menyokong usaha untuk memecahkan
rekod baguette sepanjang 111 meter dipegang sebuah rangkaian pasar raya
Perancis sebelum ini.
Sebaik
disahkan sebagai pemegang rekod baru, roti itu terus dipotong dan disapukan
Nutella untuk dikongsikan dengan pengunjung Expo berkenaan. - AP
Artikel ini
disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 7:01 AM
PEMBUAT roti
Itali dan Perancis berjaya membuat baguette terpanjang dunia.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/86411#sthash.kLhpM8wo.dpuf
No comments:
Post a Comment