AINOL AMRIZ
ISMAIL |
29 Disember 2015 12:31 AM
Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina yang bakal beroperasi secara
Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina yang bakal beroperasi secara sementara di Bangunan
Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai,
Negeri Sembilan.
SEREMBAN 28
Dis. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini terus
memperkasakan peranannya dalam menyediakan program akademik yang bertunjangkan
integrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam
Bina.
Fakulti itu
merupakan yang ke-sembilan diwujudkan USIM sejak ditubuhkan pada tahun 2000.
Timbalan
Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Dr. Zulkifli Abd. Ghani
berkata, surat kelulusan penubuhan fakulti berkenaan pada 10 Disember lalu
ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan pihak
universiti dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi surat rasmi oleh Jabatan
Pendidikan Tinggi.
“Melalui
penubuhan fakulti itu, dua program akademik sedia ada yang diletakkan di bawah
Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian
serta Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan Elektronik) akan
ditawarkan di bawah fakulti baharu itu mulai tahun hadapan,” katanya dekat sini
hari ini.
Katanya
lagi, dengan penubuhan itu juga secara tidak langsung membuka peluang baharu
kepada pelajar lepasan sekolah agama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
profesional.
“Usaha awal
kepada penubuhan fakulti itu ialah dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar
Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian pada 2012 diikuti Sarjana Muda
Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pada 2013.
“Pada majlis
konvokesyen USIM pada November lalu menyaksikan seramai 10 orang graduan
kumpulan pertama Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian mene-rima ijazah
masing-masing.
“Graduan
sulung program Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan
Elektronik) pula akan diraikan pada majlis konvokesyen USIM ke-15 pada 2017,”
ujarnya lagi.
Sehubungan
itu, kata Zulkifli, sebagai sebuah fakulti yang dinamik pihaknya mempunyai
perancangan untuk menawarkan beberapa program akademik baharu pada masa
hadapan.
“Pada peringkat
prasiswazah yang ditawarkan adalah Sarjana Muda Ukur Bahan dengan kepujian
sementara pascasiswazah ialah Sarjana Sains Kejuruteraan dan Doktor Falsafah
Kejuruteraan,” katanya.
Walaupun
masih baharu, program Seni Bina USIM contohnya telah berjaya mengharumkan nama
USIM apabila model rumah banjir patuh syariah yang dihasilkan sekumpulan
pelajar dan pensyarahnya telah dipilih oleh Tesco Malaysia untuk dibina bagi
mang-sa banjir di Kelantan pada Mac lalu.
Fakulti
baharu itu akan berope-rasi secara sementara di bangunan Fakulti Sains dan
Teknologi.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/usim-tubuh-fakulti-8232-kejuruteraan-dan-alam-bina-1.173866#sthash.UOjwk6GM.dpuf
No comments:
Post a Comment