FAM
perlu bijak buat keputusan
Oleh
MUHAMMAD RIDUAN
MOHD.
HANAFIAH
WAN
JAMAK
PEMILIHAN
calon jurulatih skuad kebangsaan terus menjadi perdebatan dalam kalangan
peminat bola sepak negara apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah
menyenarai pendek tiga calon jurulatih iaitu Datuk Ong Kim Swee, bekas
jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan bekas jurulatih Johor Darul Takzim (Johor
DT), Bojan Hodak.
Pengumuman
tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan penyokong fanatik yang
menyifatkan pemilihan jurulatih tersebut perlu dilakukan secara terperinci agar
mutu bola sepak negara dapat dikembalikan dan berada pada landasan yang
sebenar.
Perkara
tersebut turut mendapat perhatian bekas pengendali pasukan bola sepak
kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yang menyifatkan tiga calon yang disenaraikan
FAM tersebut mempunyai kelebihan serta kepakaran yang berlainan selain
mempunyai tugas berat untuk mengembalikan maruah skuad Harimau Malaya.
“Memegang
jawatan ketua jurulatih bukanlah tugas yang mudah kerana mereka membawa
tanggungjawab yang besar. Mereka perlu memberi nafas baharu dalam pasukan
negara dan ketika ini peranan jurulatih amat penting untuk membimbing mereka.
“Bagi
saya setiap jurulatih yang terpilih ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan
tersendiri dalam mengendalikan pasukan. Seperti Kim Swee, dia sudah bawa pemain
dari remaja lagi dan kelebihan terdapat pada sudut tersebut.
“Alberts
juga merupakan jurulatih yang pengalaman kerana telah membawa pasukan negeri,
sekali gus mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada pemain-pemain
negara.
“Hodak
pula pernah membimbing Johor DT dan Kelantan merupakan jurulatih yang
berpengalaman di negara ini. Kesemua jurulatih ini adalah hebat dan ia adalah
satu keputusan yang sukar buat FAM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya,
FAM perlu membuat keputusan yang bijak untuk memilih calon lebih sesuai bagi
mengisi kekosongan kerusi panas tersebut.
“Ketika
ini pasukan negara dalam keadaan tenat dan memerlukan sesuatu pembaharuan dan
saya harap dengan pemilihan jurulatih baharu ini FAM perlu sentiasa menyokong
mereka agar peningkatan mutu permainan dapat dilakukan dari semasa ke semasa,”
ujarnya.
Selain
tiga jurulatih berkenaan, calon-calon lain yang turut mengemukakan permohonan
termasuk pemain Bayern Munich dan AC Milan, Jean-Pierre Papin; Alex Miller
(bekas jurulatih Liverpool); legenda Jerman, Rudi Voller; bekas pemain
Liverpool, John Barnes; bekas jurulatih Chelsea, Ray Wilkins dan legenda
Chelsea, Marcel Desailly serta George Boateng.
Apa
pun, individu yang bakal diberi kepercayaan hanya akan terjawab pada Januari tahun
depan.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3v49zwwbI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment