SAN FRANCISCO - Syarikat enjin
carian Yahoo! memberitahu para penggunanya supaya berhati-hati dengan
perkhidmatan e-mel enjin carian itu.
Peringatan itu diberikan
selepas para penggodam menceroboh e-mel Yahoo! dengan menggunakan kata laluan
yang telah dicuri.
Para penggodam itu mahu
memperoleh maklumat pemilik e-mel tersebut.
Pihak syarikat tersebut tidak
mendedahkan maklumat lanjut mengenai pencerobohan itu.
Namun, meminta pemilik e-mel
yang terjejas dengan aktiviti penggodaman itu bertindak menukar semula kata
laluan masing-masing.
Naib Presiden Kanan Yahoo! Jay
Rossiter berkata, "Kejadian serangan keselamatan semakin kerap terjadi.
"Kami amat kesal dengan
kejadian itu dan kami mahu memastikan kepada para pengguna kami bahawa kami
menjaga keselamatan data mereka dengan serius." - AFP
KOSMO ONLINE 1.2.14
No comments:
Post a Comment