Ad

Saturday, 1 February 2014

Najib ucap terima kasih kepada Sweden benarkan anak pasangan Malaysia pulang

 
NAJIB bersama isteri bertemu dengan empat beradik di Kediaman Perdana Menteri Jalan Duta, disini, hari ini. - KOSMO!/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden di atas pertimbangan khas yang diberikan bagi membolehkan keempat-empat anak pasangan Malaysia yang ditahan di negara itu, dibawa pulang ke tanah air.

"Saya difahamkan sebelum ini amat sukar perolehi (kebenaran untuk membawa pulang), tetapi atas hubungan baik di antara Malaysia dan Sweden dan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditanda tangani kedua-dua negara, mereka beri persetujuan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dan bertanya khabar dengan keempat-empat anak pasangan itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7, tiba di kediaman perdana menteri kira-kira 1 tengah hari dengan ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara-mara mereka..

Mereka yang tiba di tanah air pagi ini kelihatan lesu dan letih selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Stockholm, namun kelihatan ceria apabila bertemu Najib dan Rosmah yang menyambut ketibaan mereka.

Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan pada 18 Disember lepas atas dakwaan memukul tangan seorang daripada anaknya kerana tidak solat. - Bernama

KOSMO ONLINE 1.2.14

No comments:

Post a Comment