Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
KHAIRY (berdiri tengah) bersama
para peserta Karnival Sukan dan Kebudayaan 1Malaysia MAYC Kebangsaan di Stadium
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin enggan campur tangan berhubung isu Phillipe Troussier yang dikaitkan
dengan jawatan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.
Beliau menyerahkan kepada
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memutuskan sama ada ingin mendapatkan
khidmat jurulatih Perancis itu sebagai pengendali Harimau Malaya atau
sebaliknya.
Bagaimanapun, Khairy berharap
mana-mana jurulatih yang dilantik perlu dibuat berdasarkan Indeks Prestasi utama
(KPI) sebagai penanda aras bagi memastikan skuad negara mencapai tahap yang
diinginkan.
"Saya serah kepada FAM
sahaja (buat keputusan), tetapi kalau nak lantik jurulatih mestilah ada KPI
tertentu, lebih-lebih lagi kalau melantik jurulatih ini (Troussier) yang saya
difahamkan gajinya berjuta-juta (ringgit).
"Kalau terlalu banyak
syarat susahlah kita, kita mesti ada penanda aras untuk menilai prestasi,
tetapi bagi saya, pelantikan ini saya tak campur tangan, FAM yang buat
keputusan.
"Malah saya dah beritahu
sebelum ini, tak perlu kita ambil jurulatih world class (kelas dunia) sebab
kita pun belum sampai tahap itu, tapi terpulanglah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas
merasmikan Karnival Sukan dan Kebudayaan 1Malaysia MAYC Kebangsaan di Stadium
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.
Khairy diminta mengulas
perkembangan terbaharu apabila FAM tidak lagi berminat mendapatkan khidmat
jurulatih kelahiran Perancis, Troussier bagi mengendalikan skuad Harimau
Malaya.
Badan induk bola sepak negara
itu juga enggan meneruskan perbincangan dengan Troussier apabila bekas
jurulatih Jepun itu dikatakan membuat permintaan yang agak melampau.
KOSMO ONLINE 1.2.14
No comments:
Post a Comment