AMIRUL NAZRIN kini sudah
membesar secara normal menatap foto lama dirinya sambil diperhatikah Aisha Bee
(kiri), Mohd. Ali dan neneknya, Norma Abdullah (kanan) di Pekan Lama, Kampung
Baru, Changlun Kedah baru-baru ini.
CHANGLUN – Ketika dilahirkan
kira-kira empat tahun lalu, Mohamad Amirul Nazrin boleh dibaratkan sebagai
seorang selebriti.
Bukan sahaja berita
kelahirannya menghiasi dada akhbar-akhbar utama di negara ini, malah kediaman
neneknya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini juga turut menjadi tumpuan
masyarakat setempat khususnya di sekitar Utara tanah air.
Manakan tidak, dengan berat
6.15 kilogram (kg) anak bongsu daripada lima beradik menjadi bayi paling berat
yang pernah dilahirkan di negara ini sehingga turut menerima gelaran ‘bayi
gergasi’.
Dilahirkan melalui pembedahan
di sebuah hospital swasta di negeri ini, saiz luar biasa Mohamad Amirul bukan
sahaja mengejutkan ibunya, Aisha Bee Yasin, 40, malah bapanya, Mohd. Ali Khan
Razali, 43.
Menurutnya, disebabkan itu
mereka sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian dan peralatan bayi
yang sesuai untuknya.
KOSMO ONLINE 1.2.14
No comments:
Post a Comment