COSTA (kiri) menjaringkan gol
kedua Atletico ketika pasukannya membelasah Real Sociedad 4-0 kelmarin.
MADRID - Kemenangan 4-0 ke atas
Real Sociedad dalam aksi Liga Sepanyol awal pagi tadi membolehkan Atletico
Madrid menghuni tangga teratas liga buat pertama kali sejak 1996.
Jurulatih Atletico, Diego
Simeone gembira dengan kemenangan besar tersebut apatah ia berlaku dalam satu
perlawanan yang penuh emosi.
Ini berikutan pada hari yang
sama, lagenda Atletico yang juga tokoh bola sepak Sepanyol, Luis Aragones
meninggal dunia pada usia 75 tahun.
Para pemain dan penyokong
kedua-dua pasukan memberikan penghormatan terakhir kepada Aragones sebelum
perlawanan itu bermula.
"Sangat sedih apabila
tokoh seperti Aragones telah meninggalkan kita tetapi hari ini (awal pagi
tadi), di saat ketika meraikan kejayaan ini, para penyokong telah memberi
penghormatan yang menyentuh hati saya.
"Real Sociedad memberikan
kami kesukaran kerana tidak memberi kami banyak peluang. Barisan pertahanan
pula saya tidak risau.
"Cuma masalahnya ialah
apabila kamu tidak berupaya menyerang kerana ia menjadikan kamu lebih sukar di
babak kedua perlawanan.
"Namun kami mendapat
beberapa peluang yang baik dan kami berjaya menyempurnakannya dengan sempurna.
Ia adalah satu kemenangan yang hebat ke atas lawan yang sukar," katanya.
Penyerang Atletico, David Villa
yang merupakan penjaring gol terbanyak Kejohanan Eropah pada 2008 lalu sewaktu
Aragones mengemudi Sepanyol berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-38.
Bersambung di babak kedua,
Atletico berjaya menambah tiga lagi gol menerusi penyerang prolifik, Diego
Costa pada minit ke-72, pemain pertahanan, Miranda (74) dan pemain tengah
pinjaman, Diego (87). - AFP
SUMBER:KOSMO ONLINE 4.2.14
No comments:
Post a Comment