Oleh Aziman
Rosdi
PETALING
JAYA: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
sebentar tadi membuat keputusan memberikan kemenangan 3-0 kepada Johor Darul
Ta'zim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan T-Team yang
tertangguh pada Sabtu lalu.
Keputusan
itu dibuat selepas merujuk kepada Perkara 4.12.15 B Peraturan Pertandingan Liga
Malaysia 2013-2016 bahawa T-Team tidak mempunyai alasan kukuh untuk menarik
diri daripada perlawanan itu walaupun mendakwa atas faktor keselamatan
memandangkan laporan pegawai perlawanan mengesahkan perlawanan masih boleh
diteruskan.Bagaimanapun selepas mengambil kira suasana yang berlaku pada
perlawanan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Datuk Afandi
Hamzah tidak mengenakan denda kepada T-Team sebaliknya hanya memberikan amaran
keras.
Namun beliau
berkata, siasatan insiden kekecohan di terowong pada rehat babak pertama
perlawanan itu masih diteruskan dan tindakan bakal diambil jika mendapat
maklumat lengkap dalam masa terdekat ini.
AFANDI
(kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. FOTO
BernamaKedua-dua wakil pasukan JDT dan T-Team serta pegawai perlawanan hadir
memberikan keterangan bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang di Wisma FAM
Kelana Jaya, di sini.Dengan kemenangan itu JDT bakal bertemu Kedah pada suku
akhir Piala FA pada 11 Februari di Larkin.
Pada
perlawanan Piala FA Sabtu lalu di Larkin, T-Team enggan meneruskan perlawanan
separuh masa kedua selepas mereka mendakwa seorang pemain dan pegawai dipukul
di dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan.
Pada masa itu, JDT
mendahului 2-1 sebelum perlawanan ditangguhkan.
SUMBER: MYMETRO ONLNE 6.2.14
No comments:
Post a Comment