WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
FOTO : SYAFIZ SULAIMAN
1 Februari 2014
Impak Billy Mehmet Memiliki
ketinggian aset berharga buat pemain ini yang sering menghadirkan ancaman
melalui tandukan.
TEKNIK dan sentuhan akhir
berkualiti selain mempunyai ketinggian fizikal 1.89 meter meletakkan Billy
Mehmet Osman dalam senarai penyerang yang perlu diberi perhatian.
Apa tidaknya, meledak empat gol
dalam dua perlawanan membuktikan pemain import yang dibawa masuk dari pasukan
lamanya, Dempo FC di India oleh Ketua Jurulatih, David Stuart Mitchell antara
import yang dinantikan peminat setia Lang Merah.
TAK SAMBUNG
Musim lepas mereka berbangga
kemampuan Alen Guc dari Croatia selepas menjaringkan 21 gol dari 23 perlawanan
namun kudratnya tidak disambung Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) atas alasan
yang tidak dinyatakan.
Namun mungkin sebahagian boleh
menjangkakan keputusan tersebut memandangkan fizikal Guc tidak sekeras Osman
selain daripada faktor umurnya yang kini telah mencecah usia 33 tahun.
PANJANG LAGI
Bagaimanapun perjalanan liga
masih jauh dan terlalu awal untuk menilai kemampuan sebenar pemain kelahiran
London ini yang masih lagi sedang mencari titik keserasian bersama penyerang
tempatan, Khyril Muhymeen Zambri.
Dalam pada itu, Mitchell
berkata beliau mengenali Osman semasa pemain itu beraksi bersama pasukan Perth
Glory di Australia.
“Dia semakin serasi beraksi
bersama pasukan Kedah dan Osman akan mengejutkan penyokong Kedah dengan
kemampuan teknik dan sentuhan yang bagus.
“Selain itu, Osman tidak tamak
dan suka bermain secara berpasukan selain rajin di atas padang,”katanya.
BUAT GILIRAN
Selain itu, Mitchell menegaskan
bahawa beliau gemar mengilirkan pemain agar semua dapat beraksi dengan cergas
pada aksi perlawanan seterusnya.
Jelasnya, penting setiap pemain
berada dalam keadaan cergas pada musim ini kerana pasukan perlu melalui
perjalanan jadual yang agak padat.
PROFIL PEMAIN
Nama : Billy Mehmet Osman
Tarikh lahir : 3 Januari 1984
Umur : 30 tahun
Tempat Lahir: Peckham, London,
England
Tinggi: 1.89 m (6 kaki 2 inci)
Posisi: Penyerang
sumber: Sinar Harian Online 1.2.14
No comments:
Post a Comment