Ad

Sunday, 2 February 2014

Pemain bola sepak Kedah tamatkan zaman bujang

NOOR FAIZAL GHAZALI
2 Februari 2014
Pemain bola sepak Kedah tamatkan zaman bujang
Pemain bola sepak Kedah tamatkan zaman bujang Mohd Shukri dan pasangannya Nurhezwani bergambar kenangan bersama pemimpin KFA dan pemain Kedah yang hadir.
KUBANG PASU - Pemain tengah pasukan Kedah, Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, 23, menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang dikenali sejak tujuh tahun lalu.

Walaupun sibuk dengan kerjaya bersama pasukan Helang Merah, majlis kenduri menyambut isterinya, Nurhezwani Yahya,  21, tetap berlangsung dengan meriah di rumah ibu bapanya di Kampung Pering, Jerlun, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ujar Mohd Shukri, dia tidak bercuti panjang sempena perkahwinan kerana pasukannya sedang memberi fokus dalam persaingan Liga Perdana dan Piala FA.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis perkahwinan berjalan lancar dan sangat gembira dengan kehadiran rakan sepasukan yang turut meraikan majlis ini.

"Insya-ALLAH dengan kehadiran isteri, saya akan lebih bersemangat untuk memberi komitmen dalam pasukan dan meneruskan kerjaya dengan cemerlang," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mungulas mengenai perkahwinannya di usia yang muda, Mohd Shukri berharap isterinya memahami tanggungjawab kerjayanya sebagai seorang pemain bola sepak.

"Saya berharap kami dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh tanggungjawab dan saling bertolenrasi antara satu sama lain.

"Perkenalan sejak tujuh tahun lalu membuatkan kami saling kenal hati budi masing-masing," kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Hadir sama ke majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah, Aminuddin Omar dan ketua jurulatih Kedah, David Mitchell.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 2.2.14

No comments:

Post a Comment