Oleh Malik Muhamad
Kuala Terengganu: Adakah bekas
pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) musim lalu, Muhammad Irfan
Abdul Ghani diugut atau dibayar?
Itu persoalan yang bermain di
benak kebanyakan penyokong T-Team selepas pemain pasukan itu mengeluarkan
kenyataan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden pergaduhan dan kecederaan
yang membabitkan pemain dan pegawai kelab dari Terengganu itu.
Jurucakap kelab penyokong bola
sepak siber Terengganu Hamizul Ishak berkata, apa yang diluahkan pemain itu
menimbulkan keraguan dan pihaknya berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
kenyataan pemain berusia 24 tahun dari Johor Bahru itu.Hamizul berkata, pihaknya kesal
dengan kenyataan diberikan pertahanan T-Team itu sedangkan dia menyarung jersi
The Titans musim ini.
“Kami tahu dia berasal dari
Johor, tapi jangan menidakkan perkara yang benar. Saya tidak mahu menuduh
mana-mana pihak, tapi kami percaya ada sesuatu yang disembunyikan Irfan.“Kami menyifatkan pemain ini
sebagai pembelot. Justeru, saya harap pihak pengurusan T-Team mengambil
tindakan sewajarnya terhadap pemain ini,” katanya.
PEMAIN dan pegawai Johor DT
ketika menunggu pasukan T-Team masuk ke padang pada separuh masa kedua di
Larkin Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai
Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, pihaknya akan berbincang dengan
pengurusan tertinggi mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadap pemain itu.
Menurutnya, apa yang dilakukan
pemain itu membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan terhadapnya.
Beliau diminta mengulas selepas
pemain itu mengeluarkan kenyataan tiada pergaduhan dan kecederaan berlaku
seperti mana dilaporkan ketika perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor
DT dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu.“Apapun semua yang berlaku ini kita
sudah serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. Bagi kami ia
perkara serius dan perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat,”
katanya pada sidang media di pejabat T-Team di sini, semalam.
Syahrizan berkata, Irfan bukan
pemain kesebelasan utama pasukan sebaliknya berada di bangku simpanan.Menurutnya,
kebiasaannya ketika rehat sebelum aksi babak kedua, pemain simpanan akan
melakukan latihan di padang bersama pemain lain dan Irfan pastinya tidak berada
di bilik persalinan sewaktu kejadian berlaku.“Kejadian ini berlaku di terowong
dan biasanya semua pemain simpanan berada di padang untuk memanaskan badan.
Saya tidak tahu apa muslihat Irfan apabila memberikan kenyataan seperti itu,”
katanya.
No comments:
Post a Comment