5 Februari 2014
t-team
PENGURUSAN T-Team kesal dengan
kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan
Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA
di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.
Ketua Pegawai Operasi T-Team,
Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya
memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.
Katanya kenyataan Ifran itu
menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan
utama pada perlawanan itu.
Irfan mendakwa tidak melihat
sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues
dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh
pengurusan tertinggi JDT.
"Sebagai pemain simpanan,
mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju
ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Menurut Syahrizan pemain yang
berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat
kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.
Katanya, perkara terbabit akan
dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.
Hari ini, Irfan telah membuat
satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu
lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.
Pada perlawanan tersebut,
T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas
mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT
ketika menuju ke bilik persalinan.
JDT mendahului 2-1 pada ketika
itu.
Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut esok. - Bernama
SINAR HARIAN ONLINE 5.6.14
No comments:
Post a Comment