MOHD FIRDAUS YON
13 Februari 2014
JDT kembali temui momentum Amri
Yahyah buktikan dirinya kekal berbisa apabila ledak gol pembukaan JDT di
Larkin, kelmarin.
KEJAYAAN Johor Darul Takzim
(JDT) menewaskan Kedah dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2014 di laman
sendiri, kelmarin, cukup menggembirakan pengendalinya.
Menyifatkan pertemuan dengan
Lang Merah sebagai perlawanan penting, Cesar Ferrando Jiminez memuji aksi yang
dipersembahkan semua pemainnya.
“Segalanya penting bagi
perlawanan malam ini (malam kelmarin) dan saya gembira dengan apa yang
diberikan semua pemain saya.
“Mereka berusaha dengan baik
untuk mendapatkan gol menerusi beberapa siri asakan dan hantaran jauh,”
katanya, di sini, kelmarin.
Mengakui ketiadaan Pablo Aimar
akibat kecederaan sedikit menggugat permainan, Jiminez tetap kagum dengan
komitmen ditunjukkan pemain tempatan dalam mengawal permainan.
“Pada saya, lebih penting di
sini adalah aksi pemain yang diturunkan seperti Mat Yo dan Safee Sali untuk
memberikan sesuatu bagi mencari kemenangan.
“Tambahan pula, Kedah merupakan
pasukan yang hebat dari Liga Perdana dan mereka bermain dengan baik pada malam
ini (kelmarin). Oleh itu, kita akan bersiap sedia untuk pertemuan timbal balik
di Kedah nanti,” katanya.
Sementara itu, Baihakki Khaizan
turut memuji kerjasama diberikan rakan sepasukan yang bekerja keras memastikan
JDT mendapat bekalan selesa ke Stadium Darul Aman bagi aksi timbal balik, 18
Februari depan.
“Alhamdulillah kita dapat
kemenangan.. saya rasa kita mula liga dengan tekanan sendiri dan semua pemain
rasa perasaan ini. Bukan senang main bersama JDT, tetapi ia satu kebanggaan.
“Perlahan-lahan kita
mendapatkan momentum dan insya-ALLAH kemenangan malam ini akan menjadi satu
semangat kepada pasukan dan lebih positif lagi,” katanya.
Mengulas tindakan Mohd Fazly
Mazlan menjatuhkan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang membawa kepada layangan kad
merah, Baihakki memuji pengorbanan dilakukan rakan sepasukannya itu.
“Saya rasa dia buat (terjahan)
untuk pasukan. Saya tidak pernah salahkan pemain dapat kad merah kerana
pasukan.
“Dia berkorban untuk pasukan,
kalau tidak sudah tentu keputusan menjadi 2-2, sudah tentu jadi satu hal. Oleh
itu dia membuat apa yang patut dan kita sokong dia,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
13.2.14
No comments:
Post a Comment