WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Februari 2014
Ahmad Said Ahmad Said
NASIB bekas permain pertahanan T-Team, Mohd Irfan Abd
Ghani berhubung insiden di terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 1 Februari
lalu diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
menyifatkan tindakan meminta pemain mengangkat sumpah di hadapan al-Quran bukan
perkara main-main sebaliknya demi maruah, namun enggan mengulas lanjut.
“Tidak perlu panjang-panjang, kita tunggu dan lihat
sahaja sebab (Menteri Belia dan Sukan), Khairy Jamaluddin pun telah beri
komen,” katanya.
Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pasukan termasuk Johor
Darul Takzim (JDT) dan T-Team usah sewenang-wenangnya bersumpah al-Quran.
Tengku Abdullah berkata, tindakan melakukan sumpah
seelok-eloknya perlu dielakkan, namun FAM tidak mampu menghalang pihak terbabit
daripada melakukannya bagi membuktikan kebenaran masing-masing.
Bagaimanapun tindakan bersumpah tidak akan menghentikan
siasatan FAM terhadap insiden itu.
Kelmarin, T-Team mengotakan janji untuk bersumpah dengan
menggunakan al-Quran seperti diminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Majlis angkat sumpah tersebut dimulakan dengan penolong
jurulatih T-Team, Azlan Johar diikuti pemain tengah, Khairan Ezuan Razali.
Namun Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan
dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, tiada keperluan
untuk Johor DT mengangkat sumpah depan al-Quran bagi mencari kebenaran
berhubung insiden itu, sebaliknya mereka mempunyai keyakinan terhadap pihak
berkuasa untuk melakukan siasatan.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 13.2.14
No comments:
Post a Comment