Oleh – AHMAD YAAKOB.
Menurut Tok Batin Wahab bin Nong, Kampung
Orang Asli Paya Taman, Maran telah wujud sejak tahun 1970-an lagi. Kampung Orang
Asli Paya Taman terletak berhampiran Kem PLKN Indra Pahlawan; Maran Kampung Sri Taman;
Jengka 6, Mukim Chenor. Kampung ini juga terletak berdekatan dengan Felda
Jengka 6 iaitu lebih kurang 2 kilometer. Berdasarkan sumber sejarah, kawasan
kampung ini pernah dihuni oleh orang-orang Melayu. Tetapi kerana ancaman Pengganas
Komunis, pada tahun 1970-an mereka
telah berpindah ke Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.
Menurut Tok Batin Kampung Paya Taman, Wahab Noh lagi,
seramai 23 keluarga orang asli Semak Brim telah mendiami kampung ini. Penduduk
orang asli kampung ini mempunyai persamaan dialek percakapan sengan penduduk
orang asli di Kampung Bangas. Penduduk kampung yang berjumlah kira-kira 70 orang daripada
23 keluarga ini masih mengikuti fahaman
nenek moyang walaupun semakin terdedah dengan pengaruh moden. Mereka berminat
untuk mengenali ajaran Islam. Oleh itu
mereka meminta pendakwah Islam
berkunjung lebih kerap ke kampung mereka kerana minat mendalam penduduk untuk
mengenali agama Islam.
Kawasan perkampungan orang asli Semak
Brim ini masih mundur. Jalan masuk ke Kampung Paya Taman sangat sempit dan
tidak berturap dengan baik. Oleh itu mereka amat memerlukan bantuan kerajaan
untuk membina jalan masuk yang lebih baik ke kampung mereka. Kemudahan asas di
kampung ini juga tidak memuaskan. Sehingga kini masih ada penduduk kampung yang
masih menggunakan air hujan dan air
bawah tanah untuk memasak, mandi atau membasuh pakaian.
No comments:
Post a Comment