TINDAKAN polis memanggil petugas media termasuk wartawan Kosmo! bagi
memberi keterangan berhubung kontroversi antara skuad Johor Darul Takzim (Johor
DT) dengan T-Team menimbulkan perasaan tidak puas hati Kesatuan Wartawan
Semenanjung Malaysia (NUJM).
Presidennya, Chin Sung Chew berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana
wartawan hanya menjalankan tugas melaporkan insiden tersebut bukan melakukan
jenayah.
Katanya, NUJM bukan enggan bekerjasama dengan polis, sebaliknya ia perlu
dilakukan mengikut prosedur termasuk memaklumkan hal tersebut kepada ibu
pejabat organisasi media berkaitan.
“Wartawan tidak patut dipangggil polis. Mereka hanya menjalankan tugas dan
membuat laporan apa yang berlaku bukan terbabit kes jenayah,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! semalam
melaporkan Penolong Ketua Biro Kosmo! Biro Johor, Mohd. Hafiz Abbas dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru.
Siasatan dibuat oleh pegawai polis dari Bukit Aman bagi membantu siasatan
insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara
Johor DT dengan T-Team pada Sabtu lepas.
Menurut Sung Chew, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pernah
berjanji dengan pihaknya bahawa mereka tidak akan bertindak sewenang-wenangnya
ke atas petugas media.
“NUJM diberi jaminan bahawa polis tidak akan panggil (beri keterangan)
wartawan sewenang-wenangnya,” katanya.
KOSMO ONLINE 8.2.14
No comments:
Post a Comment